Tuesday, August 31, 2010

````````MUTIARA KATA`````````


Tugas pertama seorang lelaki ialah menjadi dirinya sendiri.


Pilihlah seseorang untuk dicintai & cintalah pilihan anda itu.


Cinta tidak berbalas sama seperti soalan tanpa jawapan.


Lelaki yang tidak berharta biasanya memiliki lidah bermadu.


Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam & bahaya.


Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.


Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.


Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.

Membaca menjadikan diri anda sebagai seorang lelaki,


mMenghadiri persidangan sebagai persediaan menjadi lelaki yang sebenar & menulis menjadikan anda lelaki sejati.

SELAMAT BERAMAL SEMUA!!


Lailatul Qadar tandak kasih sayang kepada umat islam yang beriman dan soleh...

DARIPADA Aisyah, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Berusahalah untuk mencari lailatul qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadan." (Hadis riwayat al-Bukhari).

Malam lailatul qadar adalah satu malam paling istimewa yang ditunggu-tunggu semua umat Islam, satu malam penuh rahmat dan nikmat paling besar daripada Allah SWT.

Umat Islam hendaklah mengambil peluang ini dengan berusaha bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ibadat di malam kesepuluh akhir bulan Ramadan iaitu dengan mengerjakan sembahyang tarawih, membaca al-Quran serta berzikir kerana Allah SWT akan memberi keampunan bagi mereka yang menghidupkan malam itu.

Lailatul qadar adalah tanda kasihnya Allah kepada hambanya yang beriman dan beramal soleh yang beribadah semata-mata mengharapkan keredaan dan keampunan daripada-Nya.

Berlakunya malam Lailatul Qadar itu hanya Allah saja mengetahuinya, bila masa dan kepada siapa yang dapat daripada kalangan hamba-Nya yang dikehendakinya.

Sekian, Wasalam...

Monday, August 30, 2010

Salam 1 Iman...

عن ‏ ‏أبي هريرة ‏ ‏رضي الله عنه ‏ ‏أن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة وغلقت أبواب النار ‏ ‏وصفدت ‏ ‏الشياطين

Maksudnya: Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu

Template by:
Free Blog Templates